30 rakyat Malaysia di Sudan akan tiba di tanah air esok

30 rakyat Malaysia di Sudan akan tiba di tanah air esok

SEMUA 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah selepas menempuh perjalanan hampir sembilan jam dari Pelabuhan Sudan. - FOTO/WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan seramai 30 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari Sudan semalam dijangka tiba di tanah air petang esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, mereka akan menaiki pesawat Saudi Airlines, SV834 dan dijangka tiba kira-kira pukul 3.55 petang esok.

Beliau berkata, kesemua mereka akan disambut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

“Mereka yang pulang termasuk kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Sudan serta ahli keluarga, pekerja Petronas dan pelajar Malaysia.

“Buat masa ini, kesemua mereka berada di Jeddah, Arab Saudi selepas dibawa keluar dari negara bergolak itu selepas menempuh perjalanan hampir 30 jam,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, proses evakuasi rakyat Malaysia di Sudan melibatkan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebelum ini, 30 rakyat Malaysia di Sudan selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi kira-kira pukul 1.54 pagi tadi (waktu Malaysia) selepas menempuh perjalanan selama sembilan jam dari Port Sudan dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja Arab Saudi.

Sebelum itu, kesemua mereka juga terpaksa menempuh perjalanan darat sejauh 809 kilometer (km) selama 30 jam dari Khartoum ke Port Sudan dan dari pelabuhan itu ke Jeddah sejauh 297 kilometer.

Ditanya sama ada kerajaan akan menamatkan misi menyelamat di Sudan, Zambry berkata, pihaknya masih memantau perkara itu.

“Buat masa ini, kami berjaya mendaftarkan 32 rakyat Malaysia yang berada di negara itu termasuk dua kakitangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

“Buat masa ini juga, operasi Kedutaan Besar Malaysia di Sudan akan digantung buat sementara waktu dan dikendalikan secara pentadbiran oleh Kedutaan Besar Malaysia di Cairo, Mesir,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, beliau mewakili kerajaan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi, Kerajaan UAE dan pihak berkuasa di Sudan di atas kerjasama dalam misi evakuasi itu.

Menurutnya, beliau juga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas keprihatinan baginda terhadap misi menyelamat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya