Tiga ditahan buka rumah urut tanpa lesen

Tiga ditahan buka rumah urut tanpa lesen

SEORANG lelaki tempatan dan dua wanita warga asing ditahan polis di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam kerana disyaki menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga asing ditahan polis semalam kerana disyaki menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen.

Menurut kenyataan Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek berkenaan ditahan selepas polis menyerbu sebuah premis di Persiaran Bayan Indah di Bayan Lepas, di sini.

”Hasil pemeriksaan mendapati, penjaga premis (suspek lelaki) yang berusia 24 tahun gagal mengemukakan lesen perniagaan rumah urut yang sah.

”Dua wanita warga asing yang berusia 24 dan 34 tahun pula disyaki bekerja sebagai tukang urut tanpa permit yang sah serta melanggar syarat pas lawatan sosial,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, antara barang-barang yang dirampas ialah kain tuala, botol minyak urut, tisu basah dan sejumlah wang.

”Kes disiasat di bawah Sek. 55B Akta Imigresan 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan – Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 24 Undang-Undang Kecil 1980 MPPP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya