200 keluarga asnaf terima sumbangan YBR

200 keluarga asnaf terima sumbangan YBR

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (berbaju hijau) bersama Pengerusi Belia 4B Padang Besar, Khairul Anwar Ahmad (berdiri, dua dari kiri) menyantuni sendiri keluarga asnaf dari rumah ke rumah untuk menyerahkan bantuan bakul makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 200 buah keluarga asnaf sekitar Perlis menerima bantuan bakul makanan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) sempena bulan Ramadan.

Program tersebut melibatkan peruntukan setiap keluarga sebanyak RM150 dengan diharapkan dapat membawa keberkatan kepada semua umat Islam khususnya.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, usaha itu bagi menyantuni golongan asnaf dan sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Katanya, bantuan yang melibatkan 200 keluarga asnaf itu dapat memberi sedikit kelegaan serta membantu dalam dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

“YBR amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, asnaf dan gelandangan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar dan YBR akan sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan lagi bantuan-bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

“Usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malah diharapkan menjadi pemangkin kepada organisasi lain untuk turut sama menyantuni mereka yang tidak bernasib baik dalam mengharungi kehidupan dan ekonomi yang semakin mencabar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Besar, Rizal Ismail berkata, pihaknya berharap lebih banyak program sebegitu dapat diadakan sekali gus dapat merapatkan lagi ukhuwah di antara organisasi luar dengan masyarakat di Padang Besar.

“Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak YBR kerana turun padang melawat mereka yang kurang bernasib baik dan diharapkan bantuan yang diagihkan dapat memberi sinar keceriaan di bulan Ramadan serta sebagai persiapan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya