KOTA BHARU: Semua 1,494 orang doktor kontrak yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini bekerja seperti biasa walaupun ada pihak mengajak mereka untuk melakukan mogok. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pada masa sama kumpulan doktor kontrak tidak mengambil sebarang cuti atau cuti kecemasan sepanjang tiga hari mogok dilancarkan bermula Isnin. “Tidak ada doktor kontrak di negeri ini yang terlibat atau menjayakan…