Seramai 13 orang bakat baharu KGTStar dan kru serta penerbit menyiapkan drama pendek untuk ditayangkan sempena sambutan Aidilfitri di lokasi pengambaran di Kota Kuala Muda, Kedah baru-baru ini.
Penerbit dan Pengarah DeLight TV, Nor Diana Md Nor, berkata, selama tiga hari mereka bertungkus lumus menyiapkan hasil karya itu untuk disiarkan selama 10 minit yang akan dilancarkan pada 14 April ini sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri
“Pelakon-pelakon ini saya ambil daripada bakat-bakat baharu yang ada di sekitar Kedah ini untuk mencungkil bakat dalam bidang seni lakonan supaya mereka boleh bergerak jauh dalam bidang sen,” kata Nor Diana ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Lima, Kuala Ketil, baru-baru ini.- utusan