Warga emas maut dilanggar lari ketika melintas jalan ke masjid  - Utusan Malaysia

Warga emas maut dilanggar lari ketika melintas jalan ke masjid 

MOHD. ZAIN MAT DRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang warga emas maut dalam kemalangan langgar lari ketika melintas jalan untuk menunaikan solat di Masjid Rhu Muda, di sini, malam tadi. 

Mangsa, Esah Awang, 72, yang dipercayai dilanggar sebuah kereta mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada pukul 8.50 malam. 

“Mangsa dipercayai berjalan melintas jalan menuju ke masjid terletak di seberang jalan, sebelum dilanggar sebuah kenderaan dipercayai datang dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian dan mayat kemudian dibawa ke Hospital Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Kenderaan yang melanggar mangsa belum dikenal pasti dan belum tampil membuat laporan. Namun, pihak polis sedang mengesan kenderaan terbabit, katanya hari ini.  

Tambah beliau, kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya