Wanita kemaruk cinta warga asing rugi RM500,000  - Utusan Malaysia

Wanita kemaruk cinta warga asing rugi RM500,000 

ABDUL RAHIM MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan wanita di sebuah institut pengajian tinggi di sini mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM500,000 setelah menjadi mangsa ‘Love Scam’ sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berkenalan dengan seorang warga asing di laman mencari jodoh pada Julai 2020.

Menurut beliau, suspek kemudian sering meminjam wang daripada mangsa yang berusia 30-an itu sehingga mangsa membuat pemindahan wang ke beberapa akaun berlainan yang diberikan suspek.

“Suspek dengan licik telah memperdaya mangsa yang tertipu dengan alasan cinta dan kasih sayang malah mangsa mengaku telah membuat 22 transaksi pemindahan wang.

“Melalui perkenalan itu, mangsa memberikan segala bentuk bantuan kepada suspek selain turut membuang semua bukti pemindahan wang seperti diarahkan suspek.

“Sepanjang hubungan hampir tiga tahun itu, mangsa rugi RM500,000 yang merupakan wang simpanan serta wang pinjaman peribadi mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahim menjelaskan, mangsa hanya sedar ditipu selepas diberitahu rakan sekerja tentang identiti teman lelakinya itu.

Tambah beliau, sebaik menyedari diperdaya sindiket ‘Love Scam’, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya