Usahawan Sabah, Sarawak perlu dikembangkan - Ahmad Zahid

Parlimen: Usahawan Sabah, Sarawak perlu dikembangkan – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keutamaan harus diletakkan kepada usahawan Sabah dan Sarawak untuk dikembangkan bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan membantu golongan berkenaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berjaya dilaksanakan.

Ini kerana jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, potensi usahawan di dua negeri berkenaan perlu ‘digali’ menerusi latihan berkaitan.

“Kita mesti membangunkan bakat dan latihan keusahawanan di kedua-dua wilayah, menggali potensi yang ada dan memberikan saluran dana yang mencukupi untuk mereka sendiri menjalankan program-program pengwujudan usahawan termasuk memudahkan pendaftaran dan melakukan pemusatan untuk dana-dana ini diperolehi oleh usahawan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Usahawan dan PMKS Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2023 di Parlimen, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, kali terakhir mesyuarat berkenaan diadakan pada tahun 2021.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama turut berkata, mesyuarat hari ini juga telah membuat ketetapan supaya perkongsian data diwujudkan untuk penyelarasan maklumat usahawan.

“Ini melibatkan maklumat PKMS di 66 agensi dan institusi berbeza. Supaya  latihan, pemantauan, pinjaman dan geran dana dapat diselaraskan agar tidak berlaku pertindihan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, penyelarasan usahawan vendor juga harus dilakukan supaya sumbangannya kepada negara dapat ditingkatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.