UMP jalin kerjsama dengan Kedutaan Libya, Premium

UMP jalin kerjsama dengan Kedutaan Libya, Premium Languange Center

YUSERRIE Zainuddin (empat dari kanan) menandatangani MoU bersama Academic Attache Academic Office Embassy of Libya- Malaysia , Dr Aiman Elmahmodi dan Presiden Premium Language Centre, Norhawaty Mansor dalam majlis yang berlangsung ibu negara baru-bru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pejabat Hal Ehwal Akademik Kedutaan Libya dan Premium Language Center (PLC) dalam menyokong bidang akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin menandatangani MoU tersebut bersama Academic Attache Academic Office Embassy of Libya- Malaysia , Dr Aiman Elmahmodi dan Presiden Premium Language Centre, Norhawaty Mansor dalam majlis yang berlangsung di sini.

Turut hadir Duta Besar Libya ke Malaysia,TYT Mohamed A.M. Attia, Dekan Institut Pengajian Siswazah, Profesor Datin Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim dan Pengarah International Student Management Services Education Malaysia Global Services (EMGS), Ramlan Abd. Aziz.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts Dr Kamal Zuhairi Zamli.

Menurut Yuserrie, UMP menawarkan sumber dan fasiliti yang menyokong persekitaran pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan serta kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Sehingga kini UMP mempunyai seramai 511 pelajar antarabangsa termasuk 201 pelajar prasiswazah dan 310 pelajar pascasiswazah daripada 33 negara termasuklah 18 daripadanya dari Libya.

“Kolaborasi ini juga bakal memberi peluang lebih ramai pelajar dari Libya untuk mengikuti pengajian di UMP,” katanya.

Ujarnya, UMP komited untuk melahirkan graduan yang cekap dan bersedia untuk berdaya saing global, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Selain itu, Insentif kewangan dan biasiswa yang ditawarkan oleh Kerajaan Libya akan membolehkan pelajar mengikuti pengajian dan bakal menyumbang kepada pembangunan Libya pada masa depan.

Kerjasama di antara Malaysia dan Libya bakal meneroka lebih banyak peluang berkaitan bidang pendidikan tinggi seperti kolaborasi penyelidikan, pertukaran kepakaran dan pelajar, program mobiliti dan lain-lain pada masa akan datang.

Dalam pada itu, kerjasama UMP dengan PLC bagi mengadakan kampus satelit bakal menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di universiti ini.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN