Tujuh individu pakai seluar pendek dikompaun - Utusan Malaysia

Tujuh individu pakai seluar pendek dikompaun

ANGGOTA penguat kuasa MDTM semasa melakukan Op Bersepadu di sekitar Tanah Merah, Kelantan pada Khamis lalu. - UTUSAN/IHSAN MTDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seramai tujuh individu di kompaun atas kesalahan mendedahkan aurat di tempat awam dengan memakai seluar pendek dalam serbuan di Kampung Gertak Chaber dan Kusial di sini baru-baru ini.

Kesemua lelaki berusia belasan tahun dan 20-an itu dikompaun Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) di bawah Seksyen 23 iaitu dedah aurat di tempat awam menerusi Op Bersepadu bersama Maj­lis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sumber MDTM berkata, menerusi operasi tersebut pihaknya turut menyita enam unit dapur shisha dan mengeluarkan satu notis amaran di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2009.

Menurutnya, pada masa sama sebanyak 11 kompaun bernilai RM1,900 dikeluarkan di bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 oleh PKD.

“Bagi Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 sebanyak lima kompaun melibatkan jumlah RM1,500 te­lah dikeluarkan.

“Pihak MDTM akan melipatgandakan operasi dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan oleh peniaga di jajahan ini,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Sumber membe­ritahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan pelanggaran undang-undang diminta tampil membantu MTDM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya