Tuduhan kahwin lain itu fitnah - Hafidz Roshdi - Utusan Malaysia

Tuduhan kahwin lain itu fitnah – Hafidz Roshdi

HAFIDZ ROSHDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Hafidz Roshdi menegaskan dia tidak pernah bernikah kali kedua seperti yang didakwa oleh isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menerusi surat terbuka dalam Instagram, 11 Mac lalu.

Hafidz, 29, berkata, dakwaan Shuhada mengenai keluarganya sendiri yang membenarkan dirinya berkahwin lain adalah fitnah semata-mata.

“Saya masih single dan available. Insha-Allah kalau saya bercerai ini, saya masih single dan belum berkahwin lagi.

“Tak betul mengenai dakwaan keluarga benarkan saya berkahwin lagi, itu semua fitnah belaka,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Mahkamah menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat pelakon itu, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai pasangan itu, namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu berhubung isu cerai itu.

Kes perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya, 22 Februari lalu yang dibuat menerusi panggilan telefon.

Dalam prosiding hari ini, Shuhada diwakili peguam, Nurfarhana Abd Manaf.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya