Tindakan ibu ubah hidup lepasan SPM

Tindakan ibu ubah hidup lepasan SPM

CHUNG Chia Khang menunjukkan tomato yang ditanam di ladang sayurnya di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan. – FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pemu­da Chung Chia Khang, 28, ti­dak menyangka tindakan ibu mendaftar namanya menyertai kursus pertanian anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengubah seluruh hidupnya apabila bergelar tauke sayur.

Chia Khang atau lebih mesra disapa Ah Kai kini mengusahakan ladang sayur seluas 12 hektar di Tanah Tinggi Lojing di sini sejak tujuh tahun lalu.

Mengimbas semula pengli­batan dalam dunia pertanian Ah Kai berkata, dia bermula dengan mengusahakan tanaman lada solok menggunakan polibeg lada sebanyak 1,000 pokok solok di halaman rumahnya di Kampung Keroh, Kuala Krai.

“Saya bermula secara kecil-kecilan dan bersyukur apabila mendapat bantuan Aktiviti Eko­nomi Tambahan (AET) daripada Risda sebanyak RM10,000 untuk mengembangkan kawa­san pertanian.

“Berkat kegigihan berbakti kepada tanah, ternyata membe­rikan pulangan lumayan sehingga mampu meraih pendapatan RM400,000 dalam sebulan,” katanya ketika ditemui di ladang­nya di Tanah Tinggi Lojing, di sini semalam.

Ah Kai memberitahu, sayur-sayuran yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi seme­mangnya berpotensi untuk di­komersialkan dan memberi pu­langan lumayan termasuklah un­tuk eksport ke negara luar.

Katanya, ketika ini dia berjaya menuai hasil sayur-sayuran antara 40 hingga 70 tan sebulan.

“Harga pasaran sayur-sayu­ran untuk tahun ini baik apabila meningkat lebih 50 peratus berbanding setahun atau dua tahun lepas.

“Sayur-sayuran di ladang ini akan dihantar kepada pemborong di Kampung Raja, Cameron Highlands sebelum dieksport ke Singapura,” ujarnya.

Ah Kai memberitahu, genera­si muda sepertinya tidak perlu takut untuk menceburi bidang pertanian kerana ia memberikan pulangan yang besar jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Katanya, dia sentiasa terbuka untuk memberi tunjuk ajar kepada anak muda lain untuk terlibat dalam bidang pertani­an ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN