Tiga maut dalam nahas pemandu lawan arus

Tiga maut dalam nahas pemandu lawan arus

KEMALANGAN maut yang berlaku berhampiran Kampung Nambazan di Penampang malam tadi-sumber MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gara gara pemandu sebuah kenderaan bergerak melawan arus,  tiga lelaki maut manakala seorang kanak-kanak cedera dalam nahas jalan raya melibatkan pertembungan dua kenderaan di Jalan Papar Lama berhampiran Kampung Nambazan, Penampang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, tiga lelaki berusia 17 hingga 58 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah kenderaan yang dipandu melawan arus dan memasuki lorong bertentangan.

Beliau berkata, tindakan pemandu itu menyebabkan kereta dipandunya bertembung dengan kereta lain secara berhadapan dan menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Akibat pertembungan itu, tiga lelaki disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala, seorang kanak-kanak lelaki mengalami cedera ringan.

“Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Haris berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan membahayakan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya