Tiada istilah bersara dalam politik - Sohaimi

Tiada istilah bersara dalam politik – Sohaimi

SOHAIMI SHAHADAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada istilah ‘bersara’ dalam dunia politik. Demikian pendirian Datuk Sohaimi Shahadan yang menawarkan sebagai calon Ali Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan parti esok.

Jelas Sohaimi, beliau lebih banyak bergerak tanpa liputan media selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dan sentiasa komited serta terus membantu parti pada setiap masa.

“Tiada istilah bersara dalam politik, meskipun saya dilihat tidak aktif, hakikatnya saya masih bergerak dengan aktiviti sosial.

“Saya gerakan yayasan di bawah saya untuk laksana kerja kebajikan termasuk membantu umat Islam di Kemboja dan kini kita sedang membina pusat pembangunan Islam di sana.

“Saya juga turut turun pandang membantu serta menyumbang kepada parti dalam pilihan raya serta pilihan raya kecil (PRK) ketika mana UMNO menjadi pembangkang,” katanya ketika wawancara bersama media.

Untuk rekod Sohaimi pernah memegang jawatan sebagai Ahli MT bagi penggal 2013-2018 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Presiden UMNO dan pernah memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO penggal 2008-2013.

Selain politik, Sohaimi turut memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, beliau tetap setia dengan perjuangan parti dan tidak pernah meninggalkan UMNO meskipun ketika parti itu tewas.

“Pada saya benda yang paling utama adalah kesetiaan kepada parti, saya tetap bersama UMNO dan tidak meninggalkan parti meskipun kita tewas. Mungkin orang sudah lama tidak mendapat maklumat tentang saya kerana saya bergerak tanpa liputan media,” katanya lagi.

Ditanya mengenai hasratnya untuk kembali menawarkan diri berada dalam kepimpinan parti, Sohaimi berkata beliau ingin menyumbang ketika parti memerlukan sokongan.

Katanya, UMNO ketika ini berada dalam keadaan cukup mencabar dan disebabkan itu beliau berasa ini adalah masa terbaik untuk menyumbang kepada parti yang telah banyak berjasa pada negara.

Pada esok ditetapkan, mesyuarat perwakilan dan pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Naib Presiden dan MT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya