Terengganu serius pencerobohan nelayan Pahang, Kelantan

Kerajaan Terengganu pandang serius pencerobohan nelayan Pahang, Kelantan

DR. AZMAN Ibrahim (kanan) memasang papan tanda amalan baik di kawasan pendaratan penyu di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu, hari ini. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kerajaan Negeri Te­rengganu akan mengadakan per­bincangan dengan dua ne­geri jiran iaitu Pahang dan Kelantan mengenai isu pencerobohan bot pukat tunda di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perdagangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pi­haknya memandang serius isu pencerobohan pukat tunda yang bukan hanya merosakkan aktiviti tangkapan milik nelayan seperti bubu, malah turut merosakkan unjam dan menjejaskan ekosistem marin lautan di negeri ini.

“Biasanya, nelayan dari nege­ri jiran ini didapati bukan hanya menceroboh dan menggunakan pukat tunda di bawah 12 batu nautika, malah ada bot nelayan yang menceroboh pada jarak tiga hingga lima batu nautika yang khusus untuk nelayan pantai.

“Perairan negeri ini menjadi tarikan kerana kaya de­ngan ikan berikutan banyak kawasan pembiakan ikan dan terdapat 13 pulau yang menjadi lokasi pembiakan ikan,” katanya selepas me­rasmikan Program Keseda­ran Penyu Tahun 2023 di Pantai Teluk Mak Nik, di sini semalam.

Dr. Azman berkata, pencero­bohan pukat tunda berlaku se­panjang tahun dan paling banyak pencerobohan dilakukan ketika musim tengkujuh berikutan ikan yang berkualiti tinggi di tengah laut akan menghampiri kawasan pantai untuk bertelur.

“Kita memandang serius isu ini yang boleh menjejaskan mata pencarian nelayan dan per­bincangan antara tiga negeri akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, dalam kes terbaharu, tiga buah bot pukat tunda yang berpangkalan di Pahang yang dikendalikan kru warga asing, berjaya ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang lima hingga tujuh batu nautika dari Pulau Kapas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN