Teknologi rawatan ISR MARDI bantu tingkat hasil pisang berangan

Teknologi rawatan ISR MARDI bantu tingkat hasil pisang berangan 35 peratus

NOHAMAD ZABAWI menunjukkan pisang yang melalui teknik ISR di Stesen MARDI Jelebu Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Kejayaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Memperkenalkan teknologi ISR boleh dibanggakan kerana selain mengurangkan risiko penyakit ia seki gus mampu meningkatkan hasil sehingga 35 peratus.

Teknologi ISR tersebut mula digunakan sejak tiga tahun kepada terhadap pisang berangan di Stesen MARDI Jelebu dan didapati berlaku peningkatan hasil sebanyak 35 peratus terhadap pisang berangan yang diaruhkan.

Menurut ketua penyelidikanya, Dr. Ganisan Krishnen ISR merupakan satu  teknik pengaruhan sistem kerintangan tumbuhan terhadap patogen.

Selain beliau bersama 10 tenaga pakar MARDI terlibat dengan penyelidikan tersebut yang bermula sejak 2016.

 

MOHAMAD ZABAWI mencuba pisang berangan yang baru dituai di Stesen MARDI Jelebu, Negeri Sembilan

 

Katanya,  ISR boleh diaruh dengan menggunakan bakteria bermanfaat tanah. Bakteria ini berinteraksi dengan akar tanaman dan mengaruh kerintangan sistemik di dalam akar tanaman yang kemudian dipindahkan ke bahagian atas tanaman (pada batang, daun, buah dan sebagainya)

Dengan kejayaan tersebut pihaknya akan memperluaskan teknik berkenaan di beberapa plot tanaman pisang berangan di beberapa stesen MARDI lagi bagi menentukan ia boleh berfungsi di pelbagai kawasan penanaman.

Malah Ketua Pengarah MARDI, Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani mahu supaya sistem ISR diaplikasi kepada varieti pisang  lain yang sering kena penyakit terutama pisang abu. 

Sebelum ini tanaman pisang di negara ini sering diserang penyakit moko yang didakwa berpunca daripada negara  jiran.

Dalam pada itu menurut Mohamad Zabawi, pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan 70  penyelidikan setahun iaitu produk yang boleh dikomersialkan dan satu lagi kategori hasil penyelidikan yang dikongsi kepada masyarakat untuk mereka memanfaatkannya.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata pihaknya ‘ akan terus memfokus kepada lima kluster utama iaitu pertanian penternakan, 

MARDI juga kata beliau menjana sekurang-kurangnya 50 teknologi setahun manakala 12 teknologi boleh dikomersial dan 25 lagi untuk masyarakat memanfaatkannya 

“Ketika ini MARDI mempunyai 550 pegawai penyelidik yang menghasilkan semua teknologi tersebut, “katanya kepada Utusan Online.

 

DR GANISAN KRISNENBeliau berkata, banyak penyelidikan lain yang membantu petani dan maklumat mengenainya di serbarkan kepada pengetahuan umum menerusi pejabat MARDI di seluruh negara.

“Setakat ini terdapat 33 buah stesen MARDI di seluruh negara. “ katanya semasa  lawatan ke plot taman pisang berangan yang berjaya dituai selepas program ISR iaitu penggunaan rawatan bakteria bagi mencegah penyakit berdarah kepada pisang.-utusan

 

Penyakit yang sering menjejaskan tanaman pisang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya