PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan memasuki gelanggang pertandingan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Menurut sumber parti itu kepada Utusan Malaysia, bagaimanapun kaedah penyertaan gabungan politik itu belum diputuskan kepimpinan tertinggi dalam beberapa mesyuarat yang diadakan ketika ini. Katanya, persediaan ke arah itu sudah dibuat pada peringkat pertama bagi menghadapi PRN di enam negeri. “Dalam penyertaan PRN ini, GTA belum memutuskan sama ada…