Sombong, bekas Ketua Bahagian pun dihalang masuk - Tajuddin - Utusan Malaysia

Sombong, bekas Ketua Bahagian pun dihalang masuk – Tajuddin

TAJUDDIN Abdul Rahman (tiga dari kiri) beredar setelah dihalang memasuki pekarangan Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak di Pasir Salak hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kesal dihalang memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak sempena pemilihan UMNO bahagian itu di sini hari ini.

Tajuddin berkata, tindakan itu disifatkan sebagai sombong sedangkan beliau sendiri adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

“Saya tidak dihalau, cuma dihalang untuk masuk ke kawasan dewan. Kejadian ini tidak pernah berlaku dan tiada alasan (kenapa dihalang).

“Saya sayangkan UMNO, saya setia. Sudah 50 tahun saya di dalam UMNO. Sombong….. mantan (bekas) ketua bahagian pun dihalang masuk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Tajuddin yang digantung keahlian sebagai ahli UMNO selama dua penggal atau enam tahun cuba memasuki kawasan dewan namun dihalang petugas keselamatan sekitar pukul 9.50 pagi.

Beliau kemudiannya akur dan memilih untuk menunggu di dalam kereta di luar kawasan dewan seperti dimaklumkan petugas.

Pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak hari ini, anak sulung Tajuddin, Dr Faizal bertanding menentang bekas pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya