Sidang Dewan Rakyat dijadual Jun dipinda tiga minggu lebih awal - Utusan Malaysia

Sidang Dewan Rakyat dijadual Jun dipinda tiga minggu lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat yang sepatutnya diadakan pada pertengahan Jun depan dipinda tiga minggu lebih awal.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, persidangan Dewan Rakyat berikutnya akan diadakan selama 11 hari, mulai 22 Mei hingga 15 Jun ini berbanding jadual asal selama 10 hari mulai 12 hingga 27 Jun.

Keputusan itu dibuat selaras Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ia (pindaan tarikh persidangan) susulan permintaan saya kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana ramai ahli Yang Berhormat akan menjalani ibadah haji di Mekah tahun ini dan perlu membuat persiapan sewajarnya.

“Perdana Menteri bersetuju supaya takwim Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat dipinda.

“Ini memandangkan tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 29 Jun depan. Notis bertulis mengenai pindaan tarikh persidangan akan diberi kepada semua ahli Yang Berhormat selepas ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN