Siapa penyanyi misteri bakal berduet dengan Saujana?

Siapa penyanyi misteri bakal berduet dengan Saujana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berbaki lima hari sebelum konsert berlangsung, kumpulan Saujana yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air memberi bayangan dengan mengundang penyanyi misteri yang bakal berduet dengan mereka.

Ahli asal kumpulan Saujana, Dr. Khairul Idzwan atau lebih dikenali sebagai Idzu Baharin berkata, sebagai kumpulan nasyid mereka mahu menampilkan elemen kejutan buat peminat yang hadir ke konsert pada 5 Mac depan.

“Penyanyi itu merupakan finalis Anugerah Juara Lagu dan pernah menyertai Gegar Vaganza serta alumni Akademi Fantasia.

“Kita nak lihat kelainan dalam persembahan nanti sebab penyanyi itu daripada genre berbeza dengan kami. Dia pun tidak pernah dengar lagi lagu yang akan dinyanyikan. Jadi, itulah kelainan yang kita cuba tonjolkan nanti,” katanya semasa sesi latihan bersama Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya, baru-baru ini.

Sementara itu, Ahmad Zuhaidi berkata, pihaknya bersyukur apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat selepas 70 peratus tiket sudah terjual.

“Ada zon yang sudah habis terjual, di bahagian platinum dan gold juga hampir habis dan silver masih dibuka untuk jualan. Kita berharap jualan tiket akan terus berjalan dengan baik,” katanya.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu membariskan tiga ahli Saujana yang masih bergiat aktif iaitu Suffian Amrin, Azalinor Abdul Rahman dan Ahmad Zuhaidi Abd. Aziz, manakala, empat ahli asal yang lain ialah Idzu, Dr. Faizul Hizal Ghazali, Mohd. Hakimi Harun dan Wan Najran Wan Noh.

Konsert tersebut juga sebagai tanda meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan yang terkenal dengan seleksi lagu seperti Keluarga Bahagia, Sepohon Kayu dan Suci Sekeping Hati.

Penganjuran itu juga mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak Kementerian Komunikasi dan Digital yang turut menampilkan artis jemputan seperti Nazrey Johani, Ustaz Nabil dan kumpulan Awla dan Andika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya