PETALING JAYA: Persengketaan antara Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin memuncak dan berlarutan buat masa ini. Segala-galanya bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Menteri Besar Kedah itu dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Tambun, pada November tahun lalu. Sebulan kemudian, Perdana Menteri memfailkan saman fitnah ke atas Sanusi atas dakwaan beliau menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya, seorang pendusta, pembohong, mengkhianati mandat…









