Semua penceramah agama perlu ada tauliah mengajar - Jawi

Semua penceramah agama perlu ada tauliah mengajar – Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah memastikan semua penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ia penting bagi memastikan masjid dan surau
kekal sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian.

Beliau berkata, sebagaimana sedia maklum, semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

“Ia juga tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 daan pekeliling-pekeling semasa.

“Peraturan dan kaedah itu bagi memastikan institusi tersebut ditadbir secara efisyen dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Mohd. Ajib berkata, institusi masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan.

“Malah, masjid dan surau juga tidak boleh menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang akan memecahbelahkan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya