Sedia poligami kalau ikut sunnah Rasulullah - Nurul Shuhada

Sedia poligami kalau ikut sunnah Rasulullah – Nurul Shuhada

HAFIDZ Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berikutan kes perceraian bersama pasangannya Nurul Shuhada sebelum ini. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sedia bermadu sekiranya Hafidz bersikap jujur untuk mengamalkan kehidupan berpoligami.

Shuhada, 29, berkata, dia terbuka sekiranya Hafidz mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

“Bagi saya, sekiranya seseorang suami mahu berkahwin lain sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah. Contohnya, berkomunikasi dengan baik, tidak melakukan perkara yang dilarang atau boleh mendatangkan dosa.

“Jadi kalau caranya betul saya tiada masalah berpoligami. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah lagi berjumpa pihak ketiga untuk melakukan provokasi seperti tarik-tarik rambut atau maki hamun.

“Sebaliknya, pada fikiran saya lebih cenderung kenapa dia mahu berkahwin dengan suami saya. Sedangkan selama ini saya rasa seperti ditipu,” katanya.

Ditanya sama ada ibu dua anak itu boleh memaafkan orang ketiga, Shuhada menjelaskan dia hanya manusia biasa.

“Maaf atau tidak, saya hanya manusia biasa. Apapun, saya akan cuba yang terbaik. Kalau berdendam sekalipun, nanti pada masa depan bimbang saya sendiri tak dapat meneruskan kehidupan.

“Apa yang saya harapkan ialah doa yang baik-baik daripada semua pihak. Mengenai Hafidz pula, saya tidak menyimpan apa-apa dendam. Bukan soal siapa menang atau kalah, apa yang saya perjuangkan adalah maruah diri dan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai pasangan itu, namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai tersebut.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Dalam prosiding hari ini, Hafidz diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Shuhada diwakili peguam Nurfarhana Abd Manaf.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya