Sebanyak 470,305 aduan diterima Polis Kuala Lumpur tahun lalu

Sebanyak 470,305 aduan diterima Polis Kuala Lumpur tahun lalu

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak 470,305 aduan kes diterima Polis Kuala Lumpur tahun lalu berbanding sebanyak 398, 829 pada 2021.

Statistik ini sekali gus menunjukkan penanda aras masyarakat masih menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, peningkatan jumlah aduan itu membuktikan satu penanda aras bahawa masyarakat sekarang berasa sangat senang dengan polis.

Menurutnya, semakin ramai datang membuat aduan kepada polis sama ada secara fizikal ataupun dalam talian melalui email dan sebagainya.

“Semua aduan yang diterima itu, pihak polis ambil tindakan di mana di Kontinjen Kuala Lumpur kita memberi penekanan serius semua aduan yang dikemukakan.

“Sudah semestinya kita mensasarkan pertuduhan di mahkamah sekiranya cukup bukti keterangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam  sidang akhbar selepas Program High Profile Policing Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Esplanade, Kuala Lumpur Convention Centre, di sini, hari ini.

Azmi berkata, beliau menegaskan tiada seorang pegawai polis akan membiarkan sebarang perlakuan jenayah berlaku di depan mata mereka.

“Kita berikrar akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat demi keselamatan dan ketenteraman orang awam.

“Sebab itu saya berharap masyarakat bersama kita memberi sokongan untuk sama-sama menjaga negara ini yang aman dan tenteram,” jelasnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN