Saya tak nak awak jumpa Syamsul - isteri Aaron Aziz

Saya tak nak awak jumpa Syamsul – isteri Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Aaron Aziz berpegang nasihat isterinya supaya tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Aaaron berkata, dia juga tidak mahu mengeluarkan sebarang komen atau apa-apa jawapan berhubung isu pengguguran dirinya dalam senarai barisan pelakon filem The Original Gangster.

“Individu yang selalu nasihat saya, adalah isteri sendiri. Kalau isteri cakap No (Tidak), masih boleh bincang.

“Kalau isteri cakap, I forbid you (saya larang awak), dah level (tahap) lain,” katanya.

Aaaron memuat naik kapsyen selepas berkongsikan perbualan bersama isterinya yang melarang aktor itu berjumpa Syamsul kerana tidak mahu suaminya terjebak dengan kontroversi lagi.

Pelakon itu berkata, selama ini dia bekerja keras demi ahli keluarganya serta mengutamakan kesihatan mental mereka.

“Rezeki saya bukan di tangan manusia, saya tumpang rezeki daripada anak-anak dan isteri. Jadi, mereka adalah keutamaan saya.

“Selamat berpuasa. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada segala fitnah dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya.

Semalam, Syamsul memberitahu dia sedia berjumpa Aaaron pada bila-bila masa kerana masih menganggapnya sebagai seorang sahabat.

Terdahulu, Aaron menerusi Instagram meluahkan kemarahan selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua, gemuk dan berisi.

Aktor berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana pengarah tersebut enggan berjumpa sedangkan segala permintaannya supaya ‘buat badan’ sudah dipenuhi.

Malah, dalam pendedahan berkenaan, Aaron juga mengatakan dia juga sanggup menahan kesakitan menggunakan suntikan steroid untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN