‘Saya bukan bagaikan burung yang kepatahan sayap di Perlis’ - Ay Ling - Utusan Malaysia

‘Saya bukan bagaikan burung yang kepatahan sayap di Perlis’ – Ay Ling

MOHD. Shukri Ramli (kiri) berbual bersama Gan Ay Ling ketika sesi rehat sidang DUN Perlis di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Satu-satunya wakil rakyat pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) di Perlis iaitu Gan Ay Ling menghargai dan berterima kasih kepada Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli yang memberi layanan yang adil kepada beliau.

Dalam masa sama, Ay Ling (PH-Indera Kayangan) juga mengucapkan tahniah kepada Mohd. Shukri yang mana di bawah pentadbiran beliau telah menunjukkan pencapaian yang baik khususnya dalam tempoh 100 hari ini.

Katanya, di bawah pentabdiran Menteri Besar telah menyaksikan satu pelaburan yang amat besar telah masuk ke negeri ini.

“Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Menteri Besar kerana dibawah pentadbiran beliau pencapaian negeri Perlis telah berkembang dan kita telah melihat satu pelaburan yang amat besar telah masuk ke negeri ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana memberi layanan yang adil kepada saya, saya bukan bagaikan burung yang kepatahan sayap di negeri ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam tempoh 100 hari pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kerajaan negeri itu telah berjaya membawa nilai pelaburan berjumlah RM318 juta.

Selain itu, kerajaan negeri juga turut mendapat kelulusan bagi pelaksanaan projek Perlis Inland Port (PIP) yang ketika ini sedang berjalan selain pelbagai lagi inisiatif lain.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ay Ling menjadi satu-satu wakil dari PH atau PKR yang berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala wakil PKR sebelum ini iaitu di DUN Sena, Kuala Perlis dan Parlimen Kangar tewas kepada calon PN dalam PRU15._-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya