Mungkin dibedah- Fasha Sandha penuhi komitmen hadir TADS

Sangat tak selesa, mungkin perlu dibedah- Fasha Sandha penuhi komitmen hadir TADS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun berkemungkinan perlu dibedah selepas tulang mata kirinya patah, pelakon, Fasha Sandha tetap hadir ke Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) demi memenuhi tuntutan.

Fasha yang ditemani adiknya yang juga seorang pelakon, Elisya Sandha bagaimanapun mengakui keadaan matanya ketika ini sangat tidak selesa lantaran masih ada darah beku di bahagian dalam matanya.

“Mata kiri belum sembuh sepenuhnya. Tapi, saya tetap datang memenuhi tanggungjawab untuk produksi. Sejujurnya, saya hanya jalankan komitmen.

“Rawatan susulan itu ada, kemungkinan perlu jalani pembedahan sebab walaupun dari luaran bengkak dah makin surut. Tapi tulang itu patah dan ada darah beku di dalam.

“Apapun, saya kini sedang menunggu masa sesuai perlu pastikan bengkak di muka surut dulu,” katanya.

Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran Anak Tuan bersama pelakon, Azhan Rani.

Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Fasha memaklumkan penglihatan bahagian mata kirinya terjejas dan turut memberi kesan lain seperti sakit kepala.

“Memang tak selesa langsung. Penglihatan tak berapa jelas di belah kiri, tapi di sebelah kanan tidak ada masalah. Bila sakit mata, ia akan berkait dengan kepala,” katanya.

Ditanya sama ada bila dia akan kembali menjalani penggambaran, Fasha berkata, dia perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

“Untuk penggambaran, saya kena dapatkan keizinan daripada doktor sama ada boleh atau untuk kembali bekerja,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya