GUA MUSANG: Sambutan Ramadan tahun ini lebih ‘bercahaya’ buat tujuh beranak apabila menerima sumbangan generator dari Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim untuk menerangi rumah mereka selepas hidup tanpa bekalan elektrik di sebuah rumah setinggan di Kampung Baru, di sini sejak empat tahun lalu. Rusmawaty Rusdy, 35, berkata, keluarganya bersyukur kerana kesusahan hidup mereka mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk wakil rakyat, agensi kerajaan dan orang ramai. Katanya, ketibaan…










