RTB terbengkalai punca Sungai Rambai dilanda banjir

RTB terbengkalai punca Sungai Rambai dilanda banjir

PENDUDUK menunjukkan projek RTB Sungai Rambai-Sungai Kesang yang terbengkalai selama enam tahun berhampiran Lebuh AMJ-Kesang Laut, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kelewatan menyiapkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai-Sungai Kesang dekat sini yang tertangguh hampir enam tahun menjadi punca utama berlakunya banjir di 13 kawasan sekitar daerah ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, projek yang hanya siap 40 peratus itu terbengkalai sejak 2017 dan turut menyebabkan kawasan yang tidak pernah dinaiki bah berdepan bencana itu, baru-baru ini.

Menurutnya, situasi itu juga menjejaskan hampir 5,000 penduduk dengan menyaksikan banyak pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, berbanding hanya dua sebelum ini.

“RTB ini sepatutnya dilaksanakan dengan baik tetapi tidak dapat dibuat mengikut spesifikasi dan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini terbukti apabila kontraktor yang terbabit dengan projek RTB berdekatan Lebuh AMJ- Kesang Laut telah menarik diri dan Bahagian Projek Khas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak mengambil tindakan segera.

“Keadaan itu menyebabkan projek RTB terbengkalai selama enam tahun. Jika projek ini dapat disiapkan mengikut jadual, tidak mungkin banyak kawasan di Sungai Rambai dilanda banjir,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) Bemban di sini, semalam.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 523 mangsa banjir masih berlindung di lima PPS di daerah ini, meskipun hujan telah berhenti minggu ini.

Tambah Hasan, sepatutnya satu aliran lain bersebelahan Sungai Kesang telah dibuat bagi menyalurkan limpahan air terus ke laut, tetapi ia gagal disiapkan.

“Selain itu, fenomena banjir termenung turut memburukkan keadaan walaupun hujan tidak turun, namun air terperangkap kerana tidak ada sistem pengaliran ke laut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN