RM300 juta implikasi pengasingan pendakwa raya, Peguam Negara

RM300 juta kos pengasingan peranan pendakwa raya, Peguam Negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM300 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu bagaimanapun tetap menjadi pertimbangan utama kerajaan pimpinannya untuk memastikan proses pendakwaan dapat dilakukan dengan lebih telus dan bebas.

“Cadangan dalam kajian, ada cadangan memisahkan agak rumit dan mengambil masa. Pada prinsipnya, ramai setuju dipisahkan.

“Pada peringkat pelaksana kita teliti kesan implikasi kewangan dianggarkan lebih RM300 juta tambahan. Saya setuju ia bukan melibatkan pertimbangan utama kerana pertimbangan utama, memastikan proses pendakwaan lebih telus dan bebas,” katanya dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) yang meminta perkembangan usaha pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara.

Sementara itu, Anwar memberitahu, pihak yang terlihat dalam kes akaun luar pesisir cuba berselindung dengan firma akaun dan perhubungan awam (PR) yang terdapat di negara luar seperti mana berlaku dalam Kertas Pandora sebelum ini.

Katanya, mereka berbuat demikian untuk cuba melindungi kerja yang dianggap bercanggah dengan undang-undang.

“Soal dikaitkan Kertas Pandora dan Panama, memang semua terkait walaupun ada ratusan ditujukan kepada beberapa kes besar dahulu, seperti sedia maklum kes ini melibatkan orang berupaya, mempunyai dana besar dan mempunyai daya yang canggih.

“Kalau apa kita belajar apa berlaku Pandora dahulu, dia ada syarikat di Singapura, firma akauntan, firma PR yang cuba melindungi kerja yang dianggap bercanggah dengan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya