Rezeki Ramadan, pasangan hidup susah terharu terima bantuan

Rezeki Ramadan, pasangan hidup susah terharu terima bantuan

MUSTAPA Long (tengah) menyampaikan cek bantuan kerajaan negeri bernilai RM5,000 kepada Faridah Ishak yang menderita penyakit strok di Kampung Sentang di Lipis, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Pasangan suami isteri, Tahir Al Tipoh, 59, dan Faridah Ishak, 59, hanya mampu berterima kasih serta bersyukur ke hadrat Allah SWT apabila menerima sumbangan kerajaan negeri bernilai RM5,000 yang dianggap rezeki bulan Ramadan.

Pasangan dari Kampung Sentang, Padang Tengku di sini yang mempunyai dua anak, Siti Nuraini, 17 dan Siti Maisarah, 13, itu hidup susah apabila Faridah menderita akibat strok sejak tiga tahun lalu, manakala Tahir seorang warganegara Indonesia yang mempunyai status permastautin tetap menghidap kanser tekak dan sudah menjalani pembedahan.

Akibat berdepan penyakit yang agak kronik kedua-duanya tidak boleh bercakap dan cuma mampu menggunakan isyarat tangan serta jari  di samping bantuan kakak Faridah, Siti Hapesah Ishak, 74, ketika berkomunikasi dengan tetamu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada Utusan Malaysia, kakak Faridah, Siti Hapesah berkata, dia sekeluarga terharu apabila dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long untuk menyampaikan bantuan kerajaan negeri bernilai RM5,000 kepada Faridah.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan ini bagi membolehkan keluarga ini menyediakan keperluan persekolahan dua orang anak yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku serta berbelanja keperluan dapur sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya di Kampung Sentang di sini semalam.

Siti Hapesah berkata, dia akan membantu menyediakan barangan keperluan asas berasaskan wang bantuan itu memandangkan Tahir tidak mampu lagi bekerja ekoran penyakit kanser tekak yang dihidapinya sejak empat tahun lalu.

“Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disalurkan kepada adik saya digunakan untuk perbelanjaan susu khas, lampin pakai buang, keperluan dapur dan persekolahan kedua anaknya serta juga berulang alik ke hospital.

“Saya berjanji akan menjaga keluarga ini yang memerlukan perhatian kebajikan akibat bebanan penyakit yang mereka tanggung sejak beberapa tahun lalu lebih-lebih lagi Faridah yang terlantar derita strok yang agak teruk,” katanya.

Katanya, dalam kalangan keluarga berdekatan ada yang membantu Tahir tetapi tidak dapat sepenuhnya kerana mereka juga hidup susah tidak bekerja kerana usia tua malah hanya berpendapatan kecil cukup menampung keluarga masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN