JEMPOL: Selepas 18 tahun terlantar dan mendapatkan rawatan di hospital sejak usianya enam tahun, seorang gadis, Siti Nurul Hidayah Mohamad Sofi, 25, akhirnya dibawa pulang ke rumahnya. Ibu gadis berkenaan, Dayang Lohani Awang Zain, 56, berkata, anaknya itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan terlantar di hospital itu sejak berusia enam tahun akibat penyakit Cervical Cord Myelopathy iaitu kerosakan saraf tunjang dan pengecutan paru-paru selepas terjatuh…

 
								 
											









