Polis temukan pistol dalam beg pelawak AS - Utusan Malaysia

Polis temukan pistol dalam beg pelawak AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIANAPOLIS: Polis menemukan sepucuk pistol berisi peluru dalam beg yang dibawa Mike Epps ketika pelawak kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis, di sini baru-baru ini.

Lapor Sky News, Polis mengesahkan senjata yang dibawa Epps tersebut adalah jenis Smith & Wesson 38- Calibre.

Polis turut merampas senjata berkenaan namun tidak menahan pelawak tersebut.

Epps dalam pada itu memaklumkan polis bahawa tindakannya membawa senjata berkenaan adalah tidak disengakan.

Epps sebelum ini tampil dalam beberapa filem termasuk The House Next Door: Meet the Blacks 2, Next Friday dan Friday After Next.

Dia juga bakal muncul dalam filem Marvel, Madame Web yang turut menampilkan pelakon, Dakota Johnson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN