Polis ambil keterangan NGO terlibat program himpunan

Polis ambil keterangan NGO terlibat program himpunan Jom Ziarah Gereja esok

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Keterangan satu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam program himpunan Jom Ziarah Gereja yang dijadualkan berlangsung pada semalam akan diambil esok bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, seorang individu daripada NGO terlibat telah dihubungi pihaknya bagi mendapatkan maklumat lanjut meskipun program tersebut telah dibatalkan penganjurannya.

Beliau berkata, individu tersebut telah memberi akur janji untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok untuk membolehkan keterangan diambil.

“Sebaik sahaja kertas siasatan dapat dilengkapkan, kita akan merujuk kes ini kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Pihak penganjur sudah memberi keterangannya kepada pihak polis, kini giliran salah seorang NGO perhimpunan tersebut diambil keterangan. Diharap dia akan memberi kerjasama untuk kita menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Program High Profile Policing bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Esplanade Kuala Lumpur Convention Centre, dekat sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman; Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.