PM jamin beri perhatian isu monopoli Touch ‘n Go

PM jamin beri perhatian isu monopoli Touch ‘n Go

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan untuk memberi perhatian berkaitan isu Touch ‘n Go yang dikaitkan dengan masalah monopoli.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kepada seorang anak muda yang menghadiri program dialog Temu Anwar. 

Lelaki yang dikenali sebagai Muaz itu bertanya sama ada kerajaan perpaduan hari ini berhasrat untuk menghentikan monopoli syarikat berkenaan.

“Touch ‘n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad dan sistem yang digunakan tidak ada sebarang progress dalam perkara itu.

“Jadi saya rasa benar, kita perlu pertimbangkan perkara itu,” katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Turut menghadiri adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim. 

Dianggarkan lebih 8,000 anak muda menghadiri sesi dialog tersebut dan Anwar menerima hampir pelbagai soalan termasuk isu pengangkutan awam, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan peluang pekerjaan Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam (SPA) untuk anak muda.-utusan

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN