Perhimpunan tumbang kerajaan tidak benar

Perhimpunan tumbang kerajaan tidak benar

NOOR DELLHAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dua kenyataan yang ditularkan menerusi media sosial mendakwa akan berlakunya perhimpunan besar-besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan sedia ada adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tahap keselamatan semasa terkawal.

Kata beliau, sehubungan itu orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan itu, menerusi mana-mana platform media sosial.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membangkitkan kegusaran awam. Perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa saja yang terbabit.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang berniat ingin menimbulkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan di sini.-

Semalam, tular di media sosial dua kenyataan yang hampir sama mendakwa bakal berlaku satu perhimpunan besar-besaran oleh orang Melayu di ibu negara, bertujuan menumbangkan kerajaan semasa.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya