Penganjur jangan lepas tangan - Aaron Aziz 

Penganjur jangan lepas tangan – Aaron Aziz 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSIDEN serangan terhadap pelakon, Kamal Adli yang dilibas dengan cota besi bertubi-tubi di sebuah acara ekspo di Singapura, minggu lalu, membuka mata semua pihak. 

Ancaman sedemikian sudah bersifat nyata dan bukan lagi mainan. Justeru, timbul persoalan adakah sudah tiba masanya golongan selebriti memasang bodyguard demi keselamatan? 

Adakah tanggungjawab memastikan keselamatan selebriti terletak di bahu pihak penganjur sepenuhnya?

Hangat Seminggu mengupas isu ini dengan mendapatkan pandangan artis popular.

Penganjur jangan lepas tangan – Datuk Aaron Aziz 

Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz meminta mana-mana penganjur acara tidak bersikap lepas tangan terhadap keselamatan setiap artis yang diundang menjayakan program mereka. 

Katanya, khidmat pengawal peribadi sangat penting lebih-lebih lagi melibatkan artis wanita yang berisiko mengalami serangan seksual. 

“Kita undang tetamu datang sudah menjadi tanggungjawab memastikan makan minum, pergerakan ke lapangan terbang dan penginapan.

“Penganjur tolonglah sedar, artis sudah datang memeriahkan acara tetapi aspek keselamatan dibiarkan begitu sahaja.

“Sebabnya serangan atau pukulan cukup berlaku dalam lima saat sahaja. Mujur bukan pisau,” katanya. 

Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz berkata, pengawal peribadi juga mempunyai peranan penting bagi memantau keadaan sekeliling serta bahasa tubuh individu lain. 

“Contohnya, kalau ada peminat nak bergambar rapat-rapat dan pegang tangan, jadi tidak elok kalau artis itu nak tepis. Perlu ada pengawal peribadi yang akan kawal perkara seperti itu. 

“Kalau orang datang rumah kita sekalipun, adakah kita suruh pembantu rumah layan dan kita hanya duduk di bilik sahaja?” soalnya. 

Pelakon Lelaki Terbaik Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 berkata, dia sendiri dibekalkan dua pengawal peribadi bertubuh badan besar sewaktu berkunjung ke acara dan lokasi sama, beberapa tahun lalu. 

Justeru, katanya, timbul kemusykilan dan kehairanan terhadap penganjur sama berhubung aspek keselamatan kali ini.  

“Saya hanya datang ke acara itu sebab isteri memang buka reruai di sana. Saya hadir di mana-mana acara pun, akan ada seorang pengawal peribadi di belakang, sekurang-kurangnya di depan saya boleh bersedia. 

“Kali ini saya tidak tahu kenapa tiada mana-mana pengawal peribadi di dalam dewan, yang ada hanya sekuriti yang jaga pintu di luar dewan,” katanya. 

Dalam masa sama, Aaron juga mempersoalkan kenapa artis dari luar negara seperti dari Korea Selatan, India dan Indonesia menerima layanan istimewa serta mempunyai pengawal peribadi. 

“Kalau Shah Rukh Khan, BTS atau K-pop datang semua berebut-rebut nak jaga,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.