Penat kenal isi hati lelaki, Wani Kayrie selesa sendiri - Utusan Malaysia

Penat kenal isi hati lelaki, Wani Kayrie selesa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi muda, Wani Kayrie lebih selesa berkawan sahaja dengan mana-mana lelaki yang meminatinya daripada menjalinkan hubungan cinta yang belum tentu ada hujungnya.

Jelas Wani, dia juga sudah penat dengan istilah mengenali hati budi dan sedar dirinya mudah hilang fokus dalam menggapai impian seninya terutama apabila sudah mula menyayangi seseorang.

“Sejujurnya, saya lebih gembira sendiri. Tiada siapa yang tertakhta di hati. Saya sebenarnya dah penat untuk kenal orang baru. Saya juga tahu, perangai diri sendiri bila mula bercinta.

“Saya akan mudah leka dan hilang fokus untuk teruskan impian bila sudah mula sayangkan seseorang. Nanti bercinta entah ke mana, kerjaya seni pun entah ke mana.

“Lebih baik saya fokus apa yang ada depan mata. Soal cinta itu semua, nanti. Saya belajar daripada perhubungan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah penyanyi Fajar itu juga, buat masa ini, dia mahu membahagiakan kedua ibu bapanya dan adik-beradik sebelum mula serius dalam mengenali seseorang.

“Cukuplah sekarang ini, saya cuma ada rakan-rakan baik. Mungkin mereka tidak ada akan 24 jam bersama saya, tetapi hadir bila saat memerlukan.

“Saya pun tak ada niat untuk berkahwin dalam waktu terdekat. Saya rasa sekarang adalah masa terbaik untuk saya senangkan ibu bapa dan adik-adik terlebih dahulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya