Pemilihan UMNO Sik sengit, majoriti satu undi

Pemilihan UMNO Sik sengit, majoriti satu undi

ARIFFIN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Proses pemilihan UMNO di Kedah menyaksikan pertarungan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik paling sengit apabila calon yang juga muka baharu menang dengan majoriti satu undi.

Setiausaha UMNO Kedah, Datuk Ariffin Man berkata, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua Penerangan UMNO bahagian itu meraih 229 undi menewaskan penyandang, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (228 undi).

“Dalam pertembungan empat penjuru itu, Muhamad Khizri turut menewaskan dua calon lain iaitu bekas Ahli Parlimen Sik, Dr. Mansor Abdul Rahman (enam undi) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid (43 undi).

“Keputusan untuk bahagian itu juga dimuktamadkan pada pukul 3 pagi ekoran pengiraan kertas itu terpaksa dilakukan sebanyak tiga kali kerana majoriti satu undi itu,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Kedah, di sini hari ini.

 Bagaimanapun, kata Ariffin, suasana pemilihan di bahagian berkenaan tetap berjalan lancar tanpa sebarang pertelagahan.

“Tidak berlaku kekecohan atau ketegangan tetapi proses bilang undi itu berulang memandangkan majoriti agak tipis jadi proses mengira berulang kali,” katanya yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena.

Selain itu katanya, pemilihan di Merbok turut sengit apabila Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin memenangi jawatan ketua dengan majoriti 11 undi menewaskan penyandang, Datuk Annuar Ahmad.

“Terdapat pertikaian mengenai satu kertas undi tambahan namun semakan mendapati hanya pertindihan kertas undi. Kemenangan Shaiful Hazizy sudah dimuktamad, bagaimanapun jika Annuar mahu membuat bantahan atau rayuan beliau boleh melakukan selepas ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut katanya, UMNO Kedah juga yakin gandingan muka baharu dan lama sebagai ketua bahagian mampu menguatkan parti termasuk di akar umbi sekaligus memberi saingan kepada Perikatan Nasional (PN) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Amanah diberikan ini adalah satu tanggungjawab kepada mereka bagi memastikan gerak kerja PRN disusun. Masing-masing ada pengalaman dan kebolehan termasuk memasang strategi untuk tarik kepercayaan bukan sahaja di peringkat akar umbi malah di pihak pengundi,” katanya.

Selain Muhamad Khizri di Sik dan Shaiful Hazizy (Merbok), pemilihan UMNO di Kedah bagi jawatan ketua bahagian menyaksikan empat lagi muka baharu termasuk membuat kemunculan semula iaitu, Datuk Nazifuddin Najib di Langkawi, Datuk Aminuddin Omar (Kubang Pasu), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar) dan Datuk Mutalib Harun (Kuala Kedah).

Sementara itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid menang tanpa bertanding di Padang Terap manakala majoriti tertinggi diraih Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Baling dengan 769 undi. –UTUSAN 

 

Senarai Ketua UMNO bahagian di Kedah 2023-2026

Datuk Mohd. Nazifuddin Najib (Langkawi)

Datuk Othman Aziz (Jerlun)

Datuk Aminuddin Omar (Kubang Pasu)

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)

Datuk Said Ali Rastan (Pokok Sena)

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar)

Datuk Abdul Muthalib Harun (Kuala Kedah)

Datuk Suraya Yaacob (Pendang)

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai)

Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim (Sik)

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok)

Datuk Shahanim Mohd Yusof (Sungai Petani)

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling)

Datuk Asmadi Abu Talib (Padang Serai)

Datuk Muhar Hussain (Kulim Bandar Baharu)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya