Pemilihan UMNO bukti akar umbi, sokong kerajaan perpaduan

Pemilihan UMNO bukti akar umbi, perwakilan sokong kerajaan perpaduan -Zahid

Perseteruan UMNO, DAP boleh menjejaskan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan Pemilihan UMNO membuktikan bahawa akar umbi dan perwakilan menyokong kerajaan perpaduan.

Presiden UMNO itu menjelaskan, ia juga menunjukkan bahawa perwakilan parti menolak sebarang percubaan yang boleh mengganggu gugat parti serta meruntuhkan kerajaan sedia ada.

“Jelas daripada keputusan pemilihan sayap-sayap UMNO di peringkat Parlimen dan nasional, ditambah dengan pemilihan peringkat bahagian memperlihatkan cubaan menggugat kerajaan adalah sesuatu yang boleh dielakkan.

“Ini terlihatkan bahawa kesatupaduan pemilihan terhadap kepimpinan UMNO, dokongan daripada akar umbi sepenuhnya kepada keutuhan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini.

Beliau akui, walaupun ada usaha untuk menggugat kerajaan, ia jelas ditolak oleh para perwakilan.

“Lebih 190,000 perwakilan membuat pilihan, ini jelas sebagai satu signal bahawa unsur memecahkan UMNO dari luar dan menyuntik perpecahan dari dalam UMNO jelas adalah untuk meruntuhkan kerajaan bagaimanapun jelas mahu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkukuhkan dan kita amat yakin dokongan parti dalam Barisan Nasional dan rakan Sabah serta Sarawak.

“Maka kombinasi lebih 20 parti kerajaan dan diperkuatkan lagi kepimpinan baharu UMNO, insya-Allah akan memperkukuh kerajaan perpaduan. Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan terpilih.

“Kami berjanji bahawa kerajaan akan terus didokong oleh kami dan diperkukuh bersama rakan BN,” katanya. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya