Pemain BAM sapu bersih Kejohanan Kebangsaan B-21 - Utusan Malaysia

Pemain BAM sapu bersih Kejohanan Kebangsaan B-21

CHIA Jeng Hon (kanan) dan Ewe Eogene Eon menerima hadiah kemenangan selepas perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan Petronas B-21 di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menguasai Kejohanan Badminton Kebangsaan Petronas B-21 yang berakhir di Ipoh, hari ini.

Pilihan utama, Chia Jeng Hon menepati ramalan selaku pilihan utama apabila merangkul gelaran Perseorangan Lelaki.

Jeng Hon, 19 yang menduduki ranking 257 dunia menundukkan pemain pilihan ketiga, Ewe Eogene Eon, 21-9, 21-18 dalam perlawanan selama 35 minit.

“Saya gembira dengan kejayaan ini. Saya sudah menunggu lama untuk ini kerana dalam kejohanan edisi 2022, saya tumpas dalam final kepada Justin Hoh,” katanya Jeng Hon selepas perlawanan di Akademi Badminton Perak di sini.

Sementara itu, pasangan Kang Khai Xing-Aaron Tai Wei Qin pula muncul juara acara Beregu apabila pilihan utama itu mengatasi gandingan Anson Cheong Yan Feng-Samuel Lee (Perak/Penang) 21-11, 21-14.

Pilihan utama, Siti Nurshuhaini Azman, muncul juara Perseorangan Wanita selepas mengecewakan rakan dalam pasukan kebangsaan, Siti Zulaikha Mohd Azmi 21-16, 21-10 ke atas pemain pilihan ketiga itu.

Pemain berusia 18 tahun itu menyifatkan kejayaan itu sebagai permulaan baik bagi tahun 2023 dan berharap meneruskan rentak.

Pasangan Carmen Ting Wei Wen-Ong Xin Yee (BAM) bagaimanapun mengalami kesukaran sebelum merangkul gelaran Beregu Wanita.

Turun selaku pilihan kedua, pasangan itu tumpas set pertama 18-21 sebelum bangkit 21-12 dan 21-12 dalam set kedua dan penentuan ketika bertemu pilihan 5-8, Goh Shuen Tong-Amanda Yap Hwa Leng 5-8, dari Sabah/KL.

Acara Beregu Campuran dimenangi pasangan Low Han Chen-Chong Jie Yu (BAM) yang menewaskan pilihan kedua, Kang Khai Xing-Clarissa San Yee Wen (BAM) 21-15, 21-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.