PDRM nafi minta sumbangan RM50,000 taja Hari Polis  - Utusan Malaysia

PDRM nafi minta sumbangan RM50,000 taja Hari Polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan terdapat permohonan sumbangan kewangan bagi menaja Program Hari Polis Ke-216 pada tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesan penyebaran sekeping surat yang ditularkan di aplikasi Telegram mendakwa kononnya terdapat surat permohonan berhubung sumbangan Hari Polis Ke-216.

Beliau berkata, surat yang dikongsikan di platform media sosial tersebut mendakwa sumbangan kewangan yang diminta sebanyak RM50,000 telah dimasukkan ke akaun sebuah syarikat.

“Polis Kontinjen Selangor menafikan kewujudan surat bagi tujuan penajaan Hari Polis tersebut yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan dalam Kontinjen Selangor.

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang perkongsian atau penyebaran sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan 

Tambah beliau, mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN