Parlimen: TNB, TM antara 10 syarikat kaji labur di Kalimantan 

Parlimen: TNB, TM antara 10 syarikat kaji labur di Kalimantan 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) antara 10 syarikat besar negara yang sedang mengkaji untuk melabur dalam pembangunan ibu negara Indonesia ke Kalimantan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga dilihat agak ke hadapan dan lebih aktif dalam kerjasama serumpun itu yang dijangka memberi keuntungan kepada dua negara khususnya kepada Sabah dan Sarawak.

“Setakat yang kita saksikan, 10 syarikat besar, sembilan daripadanya dari Semenanjung dan satu di Sarawak masuk untuk mengkaji dan meneliti bagi melabur.

“Kita anggap pendekatan baik di Sarawak khususnya dengan pelaburan sangat menarik dan meyakinkan malah dalam rundingan kita dengan Indonesia baru-baru ini beberapa syarikat antaranya TNB dan TM terbabit dalam hal ini.

“Tapi dalam hal ini saya beritahu Premier Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) kerana Sarawak lebih dekat dan mendahului, jadi ia akan diselaraskan bersama kerajaan Sarawak supaya lebih bermanfaat,” katanya semasa sesi waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Yusuf Abd. Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai sejauh mana penglibatan syarikat Malaysia dalam pembinaan ibu negara baharu Indonesia dan juga kawasan industri di Kalimantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.