'Saya bukan ahli politik murahan' - PM

Siasatan LCS diteruskan, Anwar tegaskan beliau bukan ahli politik murahan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu di Dewan Rakyat hari ini, penyiasatan mengenai skandal kapal tempur pesisir, LCS masih diteruskan bagi mengumpul bukti kukuh dan beliau bukanlah seorang ahli politik yang menggunakan kuasa untuk mendakwa pemimpin lain.

Semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), Anwar menegaskan, siasatan diteruskan namun beliau tidak boleh mencampuri dengan lebih mendalam bagi mengelak tomahan ‘pendakwaan terpilih’ seperti yang dikatakan segelintir ahli politik sebelum ini. 

“Penyiasatan skandal LCS kita akan teruskan tapi bukan urusan saya, Yang Berhormat Pasir Mas untuk mendalami dan tanya lebih daripada itu. Nanti kalau saya buat begitu, ada lagi tuduhan pendakwaan terpilih. 

“Ada orang kata mengenai timbalan perdana menteri. Ya, kes dia masih di mahkamah, saya tidak campur. Boleh tanya Ketua Hakim Negara, boleh tanya Peguam Negara, bila saya campur atau minta dikurang dan ditarik balik pertuduhan? Soal tohmahan, kita jangan mudah untuk menghukum, saya bukan ahli politik kelas murahan begitu rupa. 

“Saya tegaskan di sini bahawa siasatan mesti diteruskan dan termasuk LCS kerana saya rasa tindakan yang sebelum ini tidak cukup untuk membongkar dan bertindak kepada orang-orang yang lebih utama dikatakan terlibat,” katanya di Dewan Rakyat. 

Selain itu, Anwar turut berkata pihak pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh beliau mencampuri urusan mahkamah malah beliau mencabar mana-mana pihak yang pertikai untuk mendapatkan bukti. 

“Biar siasatan itu diteruskan dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kita cakap soal keadilan, kita tolak kezaliman dan fitnah, jadi jangan hukum orang tanpa bukti,” katanya di Dewan Rakyat. 

“Kalau ada tindakan (bukti) jangan hukum saya, jangan guna ayat al-Quran untuk hukum saya, katanya saya zalim dan campur tangan. Saya nak bagitahu pimpinan di sana, saudara kena ingat sebagai seorang muslim bertanggungjawab, adakah saudara yakin dan ada bukti bahawa Anwar campur tangan untuk mendakwa sesiapa? 

“Guna nama agama dan fitnah orang, sebut nama saya. Saya tidak campur. Boleh tanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Peguam Negara malah arahan kepada mereka adalah apa sahaja tindakan berdasarkan fakta dan bukti kuat, saya sokong tetapi jangan menganiaya dan jangan ada satu pun alasan yang longgar, boleh dicabar dan dipertikai,” jawabnya kepada soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya