Parlimen: Pemulihan ekonomi, nyahjenayah bunuh diri antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Utusan Malaysia

Parlimen: Pemulihan ekonomi, nyahjenayah bunuh diri antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Langkah dan strategi yang akan diambil kerajaan untuk mempercepat pemulihan ekonomi negara khususnya bagi memenuhi keperluan golongan rentan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) antara yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) dijangka akan bertanya soalan itu kepada Menteri Ekonomi menerusi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pukul 10 pagi ini.

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) pula akan meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan pengumuman kerajaan untuk meminda Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk nyahjenayah bunuh diri bagi menangani isu peningkatan cubaan membunuh diri di seluruh negara.

Bagaimanapun, Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) terlebih dahulu akan meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan perancangan kementerian itu dalam mengenal pasti dan meneroka industri baharu bagi tujuan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Selain itu, beliau juga bertanya berkenaan isu kekurangan penawaran graduan TVET berdasarkan permintaan industri serta langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelompongan itu.

Sementara itu, Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) meminta Menteri Pertahanan menyatakan jika terdapat perancangan untuk penambahbaikan kadar pemberian pencen hilang upaya yang ketika ini diberi pada anggota yang hilang upaya dari darjah 20 hingga 100 peratus anggota badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya