Parlimen: Isu kes liwat dibangkitkan pembangkang sekali lagi

Parlimen: Isu kes liwat dibangkitkan pembangkang sekali lagi

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nasib Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh sama ada beliau menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat ataupun tidak ditentukan esok. 

Yang Dipertua, Datuk Johari Abdul berkata, beliau akan meneliti hansard sebelum membuat keputusan mengenai kenyataan Che Mohamad Zulkifly berhubung kes liwat yang dibangkitkannya. 

“Sebab saya tidak ada dalam Dewan dan saya akan tengok dalam hansard, andai kata terbukti bahawa Besut telah menghina Tambun, saya akan buat keputusan esok. 

CHE MOHAMAD ZULKIFLY JUSOH

“Hari ini kita selesaikan dahulu isu ini, saya akan buat keputusan berdasarkan hansard yang saya akan baca nanti,” katanya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng minta kenyataan ditarik balik. 

Terdahulu, Che Mohamad Zulkifly minta penjelasan mengenai skandal kapal tempur pesisir (LCS), projek terowong dasar laut, Yayasan Akal Budi, kes yang melibatkan Ahli Parlimen Muar, Pandora Papers, Panama Papers dan Paradise Papers. 

Menurutnya, pendakwaan ke atas pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan secara terpilih kerana tidak mengikut prosedur malah merupakan arahan daripada pihak tertentu. 

Bagaimanapun, beliau kemudian secara tiba-tiba mengaitkan isu-isu yang melibatkan kesalahan jenayah rasuah itu dengan kes liwat yang melibatkan perdana menteri pada tahun 1998. 

“Dikatakan oleh PMX (Perdana Menteri ke-10) yang akan jadi ex-PM selepas ini, dikatakan Muhyiddin melibatkan kes Jana Wibawa telah disebut dan dilaungkan, beliau langsung tidak fikir bahawa beliau sebelum ini telah melakukan kesalahan sama iaitu kesalahan rasuah tetapi tidak uar-uarkan. 

“Kes LCS, terowong, Akal Budi, Ahli Parlimen Muar, Pandora Papers, Panama Papers dan Paradise Paper juga diam. Jadi saya kata ini merupakan tindakan yang tidak betul oleh pihak sebelah sana. 

“Saya nak tahu kes apa yang melibatkan perdana menteri hari ini yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dengan mengarahkan dua pegawai untuk memperoleh pengakuan daripada Azizan Abu Bakar yang menjadi mangsa dalam kes sodomi bagi menafikan salahlaku seks dan liwat yang dilakukannya,” katanya. 

Guan Eng bangkit mencelah mempertahankan perdana menteri dengan mengatakan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Tambun itu tidak benar. 

“Saya nak merujuk kepada Besut yang berdegil untuk membangkitkan kes liwat perdana menteri. Kes ini sudah berlalu dan pengampunan sudah diberikan. Saya minta kenyataan ditarik semula dan minta maaf.

“Saya harap Besut yang merupakan seorang bekas majistret, dia janganlah membangkitkan isu ini kerana ini dengan sengaja mahu mengaibkan perdana menteri tentang satu kes yang tidak benar sama sekali,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya