Nelayan dikhuatiri lemas ketika uji bot  - Utusan Malaysia

Nelayan dikhuatiri lemas ketika uji bot 

ANGGOTA APM melakukan operasi mencari dan menyelamat nelayan dikhuatiri lemas di Kampung Baru Penarik, Setiu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SETIU: Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika sedang menguji bot gentian kaca miliknya di jeti Kampung Baru Penarik di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Harun, 63, dilaporkan hilang dengan botnya ditemui di kawasan pokok paya bakau di seberang sungai kira-kira 650 meter dari jeti tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa, Kamriah Ali, 65, pada pukul 7 malam.

Beliau berkata, isteri mangsa memaklumkan kepada pihak polis suaminya itu tidak pulang ke rumah dan disyaki lemas.

“Saksi menyatakan mangsa sedang membuang air dari dalam bot sebelum bot itu berpusing dan menuju ke seberang sungai.

“Bagaimanapun saksi tidak mengesyaki bot mangsa bermasalah dan terus pulang ke rumah memandangkan hari sudah hampir gelap,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sejak semalam melibatkan agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Katanya, fokus pencarian kini terarah di kawasan sungai arah muara selain turut menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya