Neelofa tak alami alahan teruk mengandung anak kedua

Neelofa tak alami alahan teruk mengandung anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Personaliti dan usahawan, Neelofa mengaku pengalaman mengandungkan anak kedua lebih mudah berbanding anak pertama sebelum ini.

Walaupun begitu, katanya, kandungan kali ini juga lebih mencabar disebabkan Bilal masih kecil lagi.

“Tapi syukur semua doakan saya. Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk.

“Ini pun dah anak kedua. Jadi sudah biasa dan tahu untuk mengatur semuanya,” katanya selepas membuat pengakuan hamil anak kedua, hari ini.

Neelofa berkata, kandungannya juga sudah memasuki trimester kedua serta mengakui ramai yang menyedari tentang berita gembira itu selepas melihat perubahan dirinya.

“Doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua dah nampak kan? Usia kandungan half way to go. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Tanpa mendedahkan usia sebenar kandungan, Neelofa juga tidak kisah mengenai jantina anak kerana berserah pada rezeki yang ditentukan Allah SWT.

“Dari anak pertama lagi, saya tidak pernah fikirkan tentang jantina anak, apa yang dikurniakan saya terima itu sebagai rezeki,” jawabnya.

Mengenai soal persiapan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, kata Neelofa, semua persiapan sudah tersedia kerana barang kelengkapan Bilal boleh digunakan lagi.

“Persiapan semua sudah ada untuk sambut bayi kami,” jelasnya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal, 29 Januari tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.