Mohd. Fo’ad dilantik Naib Canselor UUM baharu

Mohd. Fo’ad dilantik Naib Canselor UUM baharu

MOHD. FO’AD SAKDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu, berkuat kuasa Ahad ini. 

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Mohd. Fo’ad diyakini dapat melonjakkan keunggulan UUM untuk menjadi universiti terkemuka berpaksikan kecemerlangan akademik dan pembangunan insaniah pelajar.

“Beliau memiliki ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pengurusan Konflik di University of Hull, England.

“Bagaikan sirih pulang ke gagang, Mohd. Fo’ad kembali menabur bakti di UUM setelah berkhidmat hampir 10 tahun sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). 

“Beliau telah memulakan karier dalam perkhidmatan awam di UUM pada tahun 1989 dan pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Pembangunan Pelajar UUM dari tahun 2001 hingga tahun 2002. Selain itu Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UUM dari tahun 2007 hingga 2013,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, selain memiliki pengalaman pentadbiran yang luas di peringkat universiti, Mohd. Fo’ad memiliki personaliti yang dihormati dan disenangi warga universiti khususnya dalam kalangan ahli akademik dan mahasiswa.

“Keupayaan dan kepemimpinan karismatik beliau ini dilihat mampu menyuntik semangat dan aspirasi Malaysia Madani dalam pengurusan di UUM,” katanya.

Pelantikan Mohd. Fo’ad imenyaksikan beliau menggantikan tempat Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah yang ditamatkan perkhidmatan  lebih awal berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilapor berkata, keputusan memendekkan tempoh perkhidmatan bekas Naib Canselor UUM itu bukan dibuat secara sesuka hati, tetapi mempunyai asas tersendiri. 

Menurut beliau, keputusan diambil itu selepas pihak kementerian menerima aduan daripada pensyarah dan Lembaga Pengarah universiti berkenaan pada tahun lalu. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya