MKT UMNO dijangka bincang hala tuju baru parti - Utusan Malaysia

MKT UMNO dijangka bincang hala tuju baru parti

JOHARI Abdul Ghani hadir ke Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pertama kali yang berlangsung selepas pemilihan parti itu baru-baru ini dijangka menggariskan hala tuju baharu parti itu.

Menurut Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Sharkar Shamsudin, mesyuarat hari ini dipercayai dimulakan dengan majlis angkat sumpah ahli MKT dan suai kenal antara ahli lama dan baharu.

Selain itu katanya, beliau juga tidak menolak kemungkinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan melantik pegawai dan ahli MKT tambahan.

“Ketiganya mungkin Presiden menggariskan hala tuju baharu dan perkara yang boleh menjadi topik utama untuk kita semua berfikir bagi mesyuarat-mesyuarat akan datang terutama sekali untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya kepada pemberita di pekarangan Menara Dato’ Onn di sini.

Terdahulu, antara pemimpin UMNO yang dilihat tiba adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi.

Selain itu, Datuk Zahid Zarik Khan dan Datuk Lukman Noor Adam antara ahli MKT yang dilihat tiba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.